Thursday 26 April 2012

1.5 : Sistem Barter


1.5 Sistem Barter


1.5.1 Maksud Sistem Barter :
1.5.2 Kelemahan Sistem Barter :

1.4 : Pengkhususan


1.4 Pengkhususan

       1.4.1 Maksud Pengkhususan :

a)      Pengkhususan merujuk kepada penumpuan tenaga pekerja kepada aktiviti produktif tertentu berdasarkan minat, kebolehan, dan kemahirannya.

b)      Pengkhususan dapat menigkatkan kecekapan dan kemahiran seseorang individu.

      
     1.4.2 Kewujudan Pengkhususan dalam Pengeluran :

a)      Faktor-faktor yang mewujudkan pengkhususan ialah :


b)      Terdapat empat jenis pengkhususan, iaitu :

                                         i.            Pengkhususan Mengikut Pekerjaan (Profesion)

                                       ii.            Pengkhususan Mengikut Proses

                                     iii.            Pengkhususan Antara Kawasan

                                     iv.            Pengkhususan Antarabangsa




             1.4.3   Kesan pengkhususan dalam pengeluaran, (kelebihan dan kekurangan) :

1.3 : Faktor Pengeluaran


1.3 Faktor Pengeluaran

Pengeluaran yang kompleks pada zaman ini melibatkan empat sumber atau faktor pengeluaran berikut :  


1.3.1 Tanah, Buruh, Modal dan Usahawan

1.3.2 Usahawan dan Peniaga

Maksud usahawan dan peniaga ialah :


Ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah :



1.3.3 Peranan (Sumbangan) Usahawan





1.2 : Pengeluaran

1.2 : Pengeluaran


1.2.1 Maksud Pengeluaran

a)      Pengeluaran meliputi sebarang aktiviti yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

b)      Pengeluaran bukan sahaja melibatkan penghasilan barang seperti kasut dan sabun, tetapi juga menghasilkan perkhidmatan seperti pendidikan, hiburan dan sebagainya.

Nilai Faedah

a)    Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah . Nilai faedah bermakna sesuatu barang atau perkhimatan itu berupaya memberikan kepuasaan kepada manusia.

b)    Pengeluaran melibatkan penciptaan empat jenis nilai faedah, iaitu :

                                i.            Nilai Faedah Bentuk

 – mengubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna.

                              ii.            Nilai Faedah Masa

– Menyimpan barang hingga diperlukan.

                            iii.            Nilai Faedah Milikan

– Tukar milik kepada yang lebih memerlukan.

                            iv.            Nilai Faedah Tempat

– Pindah Barang ke tempat yang mempunyai permintaan.








1.2.2 Jenis Pengeluaran

a)    Terdapat dua jenis pengeluaran iaitu :

                                i.            Pengeluaran langsung – pengeluaran untuk keperluan dan kehendak sendiri tanpa sebarang bantuan daripada pihak lain iaitu sara diri.

                              ii.            Pengeluaran tidak langsung – pengeluaran yang dilakukan dengan bantuan pihak lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu.


Perbezaan antara Dua Jenis Pengeluaran
Pengeluran Langsung
Pengeluran Tak Langsung
Berlaku pada zaman dahulu.
Berlaku pada zaman sekarang
Semua keperluan dipenuhi dengan daya usaha sendiri seperti menghasilkan makanan dan mendirikan tempat tinggal sendiri.
Setiap individu hanya menghkusus dalam pengeluaran satu produk dan bertukar produk itu dengan hasil orang lain untuk memenuhi kehendaknya.
Keadah pengeluaran kurang efisien kerana tiada pengkhususan.
Kaedah pengeluaran berdasarkan penghkususan adalah lebih cekap.
Jumlah pengeluaran kecil dan untuk kegunaan sendiri.
Jumlah pengeluaran besar dan ada lebihan untuk dijualkan.
Skala pengeluaran kecil.
Skala pengeluaran besar.



1.2.3 Cabang Pengeluaran

Proses pengeluaran mempunyai tiga cabang yang utama , iaitu:

Perusahaan

a)      Usaha untuk mendapatkan sumber bahan mentah dan mengubah bentuknya kepada separuh siap atau barang siap.

b)      Terdapat tiga jenis perusahaan iaitu:

Perdagangan

a)      Aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.

b)      Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu:

                                            i. Perniagaan

                                          ii. Bantuan perniagaan.

Khidmat Langsung

a)      Meliputi semua perkhidmatan yang diberikan secara langsung atau terus oleh pengeluar kepada pengguna tanpa guna orang tengah.

b)      Contoh perkhidmatan doktor,guaman,guru dan lain-lain.

Wednesday 25 April 2012

1.1 : Keperluan & Kehendak Manusia

1.1 : Keperluan & Kehendak Manusia


Setiap manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Jesteru, manusia berusaha menjalankan pengeluaran dan perniagaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak itu.


1.1.1 Maksud Keperluan :

a) Keperluan ialah perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Keperluan manusia terdiri daripada :

i. Keperluan Asas

ii. Keperluan Lain

Keperluan Asas
Keperluan Lain
Keperluan Fisiologi manusia untuk terus hidup iaitu :
  1. Makanan
  2. Pakaian
  3. Tempat tinggal

Perkara asas tambahan yang diperlukan manusia untuk hidup lebih sempurna dan selesa iaitu:
  1. Pendidikan
  2. Perubatan
  3. Bekalan Air dan Elektrik
  4. Pengangkutan dan sebagainya
Keperluan juga merangkumi aspek sosial dan rohani seperti :
  1. Kasih sayang
  2. Berkawan
  3. Bekerjasama
  4. Berdikari
  5. Agama
  6. Hiburan
  7. Pengiktirafan dan sebagainya


1.1.2 Maksud Kehendak :
a) Manusia mempunyai kehendak terhadap pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan seronok .

b) Kehendak manusia tidak terhad kerana manusia sukar dipuaskan . Kehendak manusia semakin bertambah apabila taraf hidupnya meningkat . Oleh itu , manusia perlu membuat pilihan mengikut keutamaan secara rasional .

Perbezaan antara keperluan dengan kehendak :
Keperluan
Kehendak
  1. Tuntutan semula jadi manusia
Contoh :
  • Makanan
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Pelajaran
  • perubatan
Tuntutan sesuatu yang timbul daripada pengalaman

Contoh :

  • Kereta mewah
  • Rumah besar
  • Barang antik
  1. Wajib dipenuhi untuk terus hidup
Tidak wajib dipenuhi untuk terus hidup
  1. Boleh disusun mengikut keutamaan dalam bentuk hierarki
Keutamaan kehendak terpulang kepada individu
  1. Sama untuk semua manusia
Berbeza-beza mengikut jantina , umur , dan status sosial seseorang
  1. Senang dipenuhi
Susah dipenuhi







































1.1.3 Hierarki Keperluan Maslow

Mengikut Model Hierarki Keperluan Maslow , keperluan manusia disusun mengikut keutamaan kepada tiga tahap , iaitu keperluan fisiologi , keperluan sosial , dan keperluan rohani . 

 



Hierarki Keperluan Maslow
Keperluan Fisiologi
Keperluan Sosial
Keperluan Rohani
a) Keperluan Asas : keperluan dari segi makanan, minuman, pakaian, rehat, udara bersih dan tempat tinggal.
b) Keperluan Keselamatan : Keperluan untuk mendapat perlindungan daripada pelbagai ancaman seperti jenayah, rusuhan dan sebagainya. Jadi manusia perlukan pertahanan, undang-undang dan kemudahan kesihatan
a) Keperluan Kasih sayang : manusia memerlukan kasih sayang daripada ibubapa, adik-beradik, kawan, saurada-mara dan sebagainya.
b) Keperluan Penghargaan : penghargaan dan penghormatan daripada masyarakat atas kejayaan yang diperolehi atau tugas yang disempurnakan.
a) Keperluan Sempurna Kendiri : keperluan untuk pengertian serta kepuasan jiwa.
Berkait an dengan kejiwaan, perasaan dalaman dan kesenian.
Mendorong manusia ,mencapai kesempurnaan dalam bidang kesenian, muzik, agama dan sebagainya.