Thursday 26 April 2012

1.2 : Pengeluaran

1.2 : Pengeluaran


1.2.1 Maksud Pengeluaran

a)      Pengeluaran meliputi sebarang aktiviti yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

b)      Pengeluaran bukan sahaja melibatkan penghasilan barang seperti kasut dan sabun, tetapi juga menghasilkan perkhidmatan seperti pendidikan, hiburan dan sebagainya.

Nilai Faedah

a)    Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah . Nilai faedah bermakna sesuatu barang atau perkhimatan itu berupaya memberikan kepuasaan kepada manusia.

b)    Pengeluaran melibatkan penciptaan empat jenis nilai faedah, iaitu :

                                i.            Nilai Faedah Bentuk

 – mengubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna.

                              ii.            Nilai Faedah Masa

– Menyimpan barang hingga diperlukan.

                            iii.            Nilai Faedah Milikan

– Tukar milik kepada yang lebih memerlukan.

                            iv.            Nilai Faedah Tempat

– Pindah Barang ke tempat yang mempunyai permintaan.








1.2.2 Jenis Pengeluaran

a)    Terdapat dua jenis pengeluaran iaitu :

                                i.            Pengeluaran langsung – pengeluaran untuk keperluan dan kehendak sendiri tanpa sebarang bantuan daripada pihak lain iaitu sara diri.

                              ii.            Pengeluaran tidak langsung – pengeluaran yang dilakukan dengan bantuan pihak lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu.


Perbezaan antara Dua Jenis Pengeluaran
Pengeluran Langsung
Pengeluran Tak Langsung
Berlaku pada zaman dahulu.
Berlaku pada zaman sekarang
Semua keperluan dipenuhi dengan daya usaha sendiri seperti menghasilkan makanan dan mendirikan tempat tinggal sendiri.
Setiap individu hanya menghkusus dalam pengeluaran satu produk dan bertukar produk itu dengan hasil orang lain untuk memenuhi kehendaknya.
Keadah pengeluaran kurang efisien kerana tiada pengkhususan.
Kaedah pengeluaran berdasarkan penghkususan adalah lebih cekap.
Jumlah pengeluaran kecil dan untuk kegunaan sendiri.
Jumlah pengeluaran besar dan ada lebihan untuk dijualkan.
Skala pengeluaran kecil.
Skala pengeluaran besar.



1.2.3 Cabang Pengeluaran

Proses pengeluaran mempunyai tiga cabang yang utama , iaitu:

Perusahaan

a)      Usaha untuk mendapatkan sumber bahan mentah dan mengubah bentuknya kepada separuh siap atau barang siap.

b)      Terdapat tiga jenis perusahaan iaitu:

Perdagangan

a)      Aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.

b)      Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu:

                                            i. Perniagaan

                                          ii. Bantuan perniagaan.

Khidmat Langsung

a)      Meliputi semua perkhidmatan yang diberikan secara langsung atau terus oleh pengeluar kepada pengguna tanpa guna orang tengah.

b)      Contoh perkhidmatan doktor,guaman,guru dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment