Wednesday 25 April 2012

1.1 : Keperluan & Kehendak Manusia

1.1 : Keperluan & Kehendak Manusia


Setiap manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Jesteru, manusia berusaha menjalankan pengeluaran dan perniagaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak itu.


1.1.1 Maksud Keperluan :

a) Keperluan ialah perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Keperluan manusia terdiri daripada :

i. Keperluan Asas

ii. Keperluan Lain

Keperluan Asas
Keperluan Lain
Keperluan Fisiologi manusia untuk terus hidup iaitu :
  1. Makanan
  2. Pakaian
  3. Tempat tinggal

Perkara asas tambahan yang diperlukan manusia untuk hidup lebih sempurna dan selesa iaitu:
  1. Pendidikan
  2. Perubatan
  3. Bekalan Air dan Elektrik
  4. Pengangkutan dan sebagainya
Keperluan juga merangkumi aspek sosial dan rohani seperti :
  1. Kasih sayang
  2. Berkawan
  3. Bekerjasama
  4. Berdikari
  5. Agama
  6. Hiburan
  7. Pengiktirafan dan sebagainya


1.1.2 Maksud Kehendak :
a) Manusia mempunyai kehendak terhadap pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan seronok .

b) Kehendak manusia tidak terhad kerana manusia sukar dipuaskan . Kehendak manusia semakin bertambah apabila taraf hidupnya meningkat . Oleh itu , manusia perlu membuat pilihan mengikut keutamaan secara rasional .

Perbezaan antara keperluan dengan kehendak :
Keperluan
Kehendak
  1. Tuntutan semula jadi manusia
Contoh :
  • Makanan
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Pelajaran
  • perubatan
Tuntutan sesuatu yang timbul daripada pengalaman

Contoh :

  • Kereta mewah
  • Rumah besar
  • Barang antik
  1. Wajib dipenuhi untuk terus hidup
Tidak wajib dipenuhi untuk terus hidup
  1. Boleh disusun mengikut keutamaan dalam bentuk hierarki
Keutamaan kehendak terpulang kepada individu
  1. Sama untuk semua manusia
Berbeza-beza mengikut jantina , umur , dan status sosial seseorang
  1. Senang dipenuhi
Susah dipenuhi







































1.1.3 Hierarki Keperluan Maslow

Mengikut Model Hierarki Keperluan Maslow , keperluan manusia disusun mengikut keutamaan kepada tiga tahap , iaitu keperluan fisiologi , keperluan sosial , dan keperluan rohani . 

 



Hierarki Keperluan Maslow
Keperluan Fisiologi
Keperluan Sosial
Keperluan Rohani
a) Keperluan Asas : keperluan dari segi makanan, minuman, pakaian, rehat, udara bersih dan tempat tinggal.
b) Keperluan Keselamatan : Keperluan untuk mendapat perlindungan daripada pelbagai ancaman seperti jenayah, rusuhan dan sebagainya. Jadi manusia perlukan pertahanan, undang-undang dan kemudahan kesihatan
a) Keperluan Kasih sayang : manusia memerlukan kasih sayang daripada ibubapa, adik-beradik, kawan, saurada-mara dan sebagainya.
b) Keperluan Penghargaan : penghargaan dan penghormatan daripada masyarakat atas kejayaan yang diperolehi atau tugas yang disempurnakan.
a) Keperluan Sempurna Kendiri : keperluan untuk pengertian serta kepuasan jiwa.
Berkait an dengan kejiwaan, perasaan dalaman dan kesenian.
Mendorong manusia ,mencapai kesempurnaan dalam bidang kesenian, muzik, agama dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment